Pengikut Setia

Monday, April 26, 2010

Hormatilah Azan


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktu yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika Azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah kamu ketika maut menghampiri kamu." ini jelas menunjukkan, kita di saran agar mendiamkan diri, jangan berkaat apa-apapun semasa Azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati Azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.....Mengapa Azan kita tidak boleh mendiamkan diri!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika Azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH, yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati Azan dan mohon kepada Allah supaya kita tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah lailahaillallah.....semasa sakaratul maut menghampiri kami................."


P/S: renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, April 24, 2010

Kesedihan Melanda Daku


Aku baru je sampai balik dari Kedah pukul 8 malam 21/4..

Sempat jugakla ak bermalam kt rumah abang aku semalam..

Esoknya dalam pukul 7.30 aku dapat paggilan dari ayah aku..

Nenek aku yang berusia 90 tahun dah kembali ke RAHMATULLAH..

Sedih gak aku rasa sebab aku ingat xmau balik 21/4 tu..

Nenek aku memang dh seminggu sakit..

Tiket aku beli 19/4 pn dh aku burnkan..

Skali abang aku nk balik KL aku pn tumpangla skali..

Aku nampak nenek aku dh okay sikit..

Tiba-tiba ja dia dh xdak..

Terpaksala aku balik Kedah lak malam 22/4 tu..

Monday, April 19, 2010

Selamat Pengantin Baru!!






Tahniah diucapkan kepada AMAR HAMZAH!!!

Foto-foto kenangan pada majlis Raja Sehari..17 April 2010..Kepala Batas.

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

Tidak lupa juga kepada Pakcik Hamzah sekeluarga..terima kasih banyak2..sedap lauk kenduri..


P/S: Arep a.k.a kecik bila kenduri hang plak???:-)

Sunday, April 18, 2010

Cuti Yang Membosankan


Salam percutian kepada semua warga UIA..

Tetapi cuti kali ini amat membosankan..Aku dok rumah bosan..nak kluar takde transport la plak..bosan2..

Jum kita balik UIA awai..kita cari keja dulu..

Short sem mau rembat handset Sony sekeping..haha

Sapa nak join jum..20/4 tunggu depan UIA..

Friday, April 9, 2010

Melepaskan Tekanan Selepas Exam







Sungai Pisang merupakan tempat yang sesuai untuk melepaskan tekanan terutama selepas exam yang begitu memenatkan kepala otak dan juga badan.

Air yang sangat sejuk serta suasana yang persekitaran yang menyamankan ditambah dengan bunyi-bunyian fauna di alam rimba yang agak tebal sungguh mengasyikan.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dari IIUM Gombak menjadikan Sungai Pisang salah satu tempat yang sentiasa dipenuhi pengunung terutama pada hujung minggu.

Sungai Pisang juga boleh dijadikan tempat perkhemahan yang menarik kerana terdapat tapak perkhemahan yang agak luas selain jalan masuk menuju ke situ merupakan denai yang sesuai dijadikan tempat untuk 'jungle tracking'.

Marilah bersama-sama meghilangkan tekanan di Sungai Pisang...

Salam penglipur lara....

Tuesday, April 6, 2010

MyLook Bagi Duit Free..Yeke??


Kalau anda perhatikan semakin hari semakin ramai yang promote untuk register MyLook ini, masing2 pun berusaha untuk promote MyLook diaorang supaya dapat referal yang juga menyumbang sebanyak 20% dari earning orang tersebut.


disebabkan ada giveaway free shares dan duit. Cerita pasal duit free siapa yang tak nak kan? Setiap kali aku blogwalking kat blog2 orang lain, mesti terjumpa dengan Caranya sangat mudah, register FREE dengan MyLook dan kemudian search la apa2 yang anda nak search, sekali search anda akan dapat 1 share, keyword yang anda nak share tak kisah apa2 pun. Cuma limitation pada jumlah search yang dikira untuk sehari adalah 5 sahaja.

Adakah ini scam? setakat ini takde lagi user yang dah boleh cashout share diaorang, disebabkan MyLook ini free jadi tiada yang perlu dirisaukan, lainla anda kena bayar beribu2 ringgit untuk join.

Bagi yang nak join boleh la KLIK SINI untuk register dan mulakan search anda dan menambahkan share anda! Semoga berjaya.

Monday, April 5, 2010

Fasa pertama :: PhD Law

PHD LAW





Singkatan PhD yang maksud asalnya “Doctor of Philosophy”, singkatan PhD mengikut Latin ialah “Philosophiae Doctor” yang bermaksud "guru falsafah". Phd juga boleh dikaitkan kepada sesorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam sesuatu bidang atau perkataan lain pakar.

Law of PhD mengikut coretan KOD KOMENG juga mempunyai kaitan dengan maksud asal PhD. Mengikut cerita daripada Komeng, salah seekor daripada makhluk yang dijumpai itu suka bercakap banyak. Apa sahaja topik yang dikeluarkan daripada mulut pujangga2 pasti akan dikupas dengan terperinci oleh si makhluk.

Maka bersepakatlah mereka menamakan PhD Law kerana perbuatan itu umpama makhluk itu mempunyai PhD dalam semua bidang ilmu walhal entah benar atau tidak apa yang diceritakannya tu.

Palaku Law ini selalunya akan menghuraikan sesuatu topik dengan dahsatnya sehingga menyebabkan orang2 disekeliling merasa kuarang senang dan malas untuk melayan. Bahkan yang lebih menyedihkan dan menyenakkan otak apabila hanya ‘satu’ perkataan sahaja yang dikeluarkan, huraikan yang terpaksa didengar kalau ditulis perghhh hamba cakap boleh buat folio 102 muka surat tu. Dahsat tak dahsat huraiannya. :-)

Oh ya hampir terlupa hamba, Law ini juga ditujukan kepada commentator2 tak bergaji yang selalu memberikan komen-komen yang kurang bernas dan diperlukan. Komennya pula bejela-jela panjang macam roti jala.

Kebiasaannya law ini dilakukan oleh si pelaku dalam beberapa situasi:

1. Ketika melepak di kedai kopi atau kedai makan sewaktu menuggu makanan siap dimasak.

2. Ketika menonton movie tidak kira di dalam panggung atau di luar panggung.

3. Ketika menonton perlawanan bolasepak tempatan mahupun antarabangsa.

4. Ketika mengulangkaji pelajaran.


Siti Nurhaliza cantik bergaya,

Berteman pula si Dato’ kaya,

Jangan sahaja gelak ketawa,

hulurkan komen sebarang dua..


Nantikan bahagian seterusnya........

Salam si penglipur lara!!!

Sunday, April 4, 2010

Negeri Sembilan Membenam Selangor Untuk Bertemu Dengan Kedah Di Final Piala FA


Negeri Sembilan melangkah ke final Piala FA selepas menyingkirkan juara bertahan Selangor mengikut peraturan gol tempat lawan walaupun kalah 0-1 pada peringkat separuh akhir pusingan kedua di stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Peraturan gol tempat lawan diambil kira setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 mengikut agregat selepas dua pusingan perlawanan, tapi Negeri Sembilan memiliki kelebihan apabila mereka menang 2-1 pada pusingan pertama di Stadium Shah Alam.

Selangor turun ke Paroi dengan tujuan untuk menghapuskan kelebihan Negeri Sembilanpada pusingan pertama, terus menyerang dari awal permainan dan mendominasinya tetapi terpaksa menunggu sehingga minit 56 untuk menjaringkan satu-satunya gol dari perlawanan malam tadi selepas tendangan bebas Mohd Hardi Jaafar telah ditanduk masuk oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan sendiri iaitu Mohd Alif Samsudin.

Juara bertahan Selangor mempunyai banyak peluang untuk menambahkan pendahuluan namun penyudah yang tidak sempurna oleh Mohd Safee Sali telah membuatkan meraka berputih mata.

Dalam satu lagi separuh akhir, Kedah telah mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman dan melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1 selepas mencatat kemenangan 2-0 pada pusingan pertama yang diadakan di Kuala Terengganu.

Hero Kedah hari ini adalah pemain pertahanan Khairul Helmi Johari yang meledak gol pada minit ke-5 dan Muhamad Syafiq Jamal menambah jaringan pada minit ke-24.

Gol saguhati Terengganu muncul melalui tandukan Wan Mohd Aliff pada minit 42.

Final akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 April 2010..







p/s: Marilah kita beramai-ramai memeriahkan Satium Nasional Bukit Jalil dengan menyokong pasukan masing2..:-)

sumbangan BERNAMA

Ferguson berharap kepada Dimitar Berbatov

Sir Alex Ferguson mengatakan kepada semua bahawa dia mengagumi bakat yang ada pada Dimitar Berbatov.

Bos Manchester United menegaskan pasukannya akan bermain tanpa Wayne Rooney untuk tempoh masa antara dua dan tiga minggu kerana kecederaan ligamen pergelangan kaki yang kecil semasa menentang Bayern Munich pada hari Selasa yang lalu. Rooney akan kembali beraksi semula di Eastlands pada 17 April.

Berita buruknya, pemain yang berusia 24 tahun ini terpaksa berkejaran dengan waktu untuk kembali cergas supaya dapat beraksi untuk Liga Juara-Juara semi final samada dengan Lyon atau Bordeaux empat hari kemudian, bolehkah United melayakkan diri ke kelompok berkenaan.

Walaubagaimanapun , penyertaan Rooney di Piala Dunia tidak akan terancam beliau yang akan menjadi bantuan yang sangat besar, tidak hanya untuk Fabio Capello, tapi kepada penyokong bola sepak England yang percaya bahawa tanpa ayam tambatan mereka itu, England mungkin tidak layak pergi ke Afrika Selatan musim panas ini.

Sementara itu, Capello mengatakan United akan menderita, mulai besok melawan Chelsea dan perlawanan timbal balik pada Rabu di Old Trafford dengan Bayern Munich, pertandingan yang dapat menentukan musim mereka.

Namun Ferguson tahu penyerang yang sudah mengumpul 34 gol itu akan kembali pada tahap yang sama bulan ini, itulah yang diharapkan ketika dia melihat Rooney menanggalkan boot kanannya sebaik sahaja Bayern merayakan kemenangan mereka sewaktu perlawanan di Allianz Arena minggu lepas.

Namun dalam formasi dengan striker tunggal, formasi di mana Berbatov tidak mempunyai peranan, Ferguson telah menjadikan Berbatov sebagai ganti dengann segera.

Pemain kebangsaan Bulgaria ini tidak boleh disamakan dengan Rooney dari segi prestasi - beberapa pemain United boleh - tetapi Red Devils menghabiskan £30.75 million bagi mendapatkan khidmat dia kerana sebab tertentu dan Ferguson tidak mengharapkan moral bekas penyerang Tottenham ini turun di saat-saat perlukan.

Ryan Giggs mungkin diminta untuk memberikan sokongan di bahagian hadapan, mungkin dengan mengorbankan Nani, dengan tenaga Park Ji-sung dan Darren Fletcher akan melengkapkan bahagian tengah bersama kemahiran Michael Carrick dan kecerdikan Antonio Valencia.

Ferguson juga meletakkan samada Owen Hargreaves atau John O'Shea di bangku simpanan selepas kembali dari cedera panjang mereka, yang akan memberi United pengakhiran musim yang berguna untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson yakin pasti ada ancaman gol yang cukup tanpa Rooney dan Michael Owen, yang terpaksa berehat untuk seluruh musim ini - Ferguson sedar mereka harus menghasilkan prestasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka lakukan di Munich.

Walaupun sebahagian besar pemerhati mula merasakan kehebatan Rooney akan memberi kemenangan kepada United menentang Bayern tetapi Ferguson mengesan kelemahan dalam penguasaan bola.


sumbangan ESPN STAR

Friday, April 2, 2010

Harapan Arsenal

Arsene Wenger menaruh harapan pada Theo Walcott untuk Arsenal terus memberi cabaran di suku akhir Europa Champion League melawan FC Barcelona pada Selasa depan.

Pada pertemuan pertama pagi semalam, Arsenal telah bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk berkongsi agreget 2-2 di Stadium Emirates di Barcelona.

Tetapi pasukan Arsenal yang akan berkunjung ke Nou Camp tanpa tiga pemain utama iaitu Cesc Fabregas, William Gallas dan Andrey Arshavin.

Fabregas, yang juga kapten Arsenal terpaksa berehat untuk enam minggu selepas disahkan patah tulang betis sementara pemain Pertahanan Perancis,William Gallas dan pemain tengah Russia Arshavin kecederaan betis.


Walcott menjadi salah seorang pemain yang masih boleh diberi harapan apabila dia dimasukkan pada minit ke-66 sebagai pemain gantian pada kedudukan Arsenal ketinggalan 0-2 melalui dua jaringan penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.

Pemain England itu berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal tiga minit selepas dia di- masukkan sebelum Cecs Fabregas menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-85 setelah Puyol membentes keras beliau dan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Info sumbangan

KOSMO ONLINE