Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..
Manchester United menafikan perbincangan tentang Wayne Rooney bakal meninggalkan Old Trafford sebagai "cakap kosong" - tetapi secara nyatanya, bintang England itu mungkin keluar dari kelab pada bulan Januari nanti.
Reaksi United kepada surat khabar bahawa Rooney akan kembali ke landasan sebenarnya secepat mungkin. "Wayne Rooney akan dijual pada bulan Januari adalah cakap kosong," kata jurucakap kelab.
Tetapi Press Association Sport dapat tahu bahawa pegawai pasukan Red Devils telah diberitahu oleh Rooney yg dia tidak akan menandatangani kontrak baru, dan oleh itu mereka mungkin mempunyai pilihan lain selain menjual aset yang paling berharga itu.
Begitu banyak spekulasi mengenai hubungan Sir Alex Ferguson dengan bintang penyerangnya itu sejak cerita tentang kehidupan peribadi pemain yg berusia 24 tahun itu timbul pada awal bulan lalu.
Rooney nampaknya mencabar secara langsung kuasa Ferguson pada Selasa lalu selepas perlawanan kelayakan Euro 2012 England bertemu Montenegro, apabila dia dengan sendirinya menyanggah kenyatan pengurus berbangsa Scotland itu bahawa dia telah mengalami kecederaan pergelangan kaki.