
Wednesday, December 15, 2010

Wednesday, December 8, 2010
Ngauman Harimau Malaya
Saturday, December 4, 2010
Thursday, December 2, 2010
Harimau Longlai DiTerkam Garuda
Nih la apa yg aku rasa..
Pasukan bola sepak negara kita yg mengharungi Piala Suzuki AFF semalam kecundang..
Malaysia telah dibantai oleh Indonesia 5-1..
Sunguh2 memalukan..
Persembahan yg memberangsangkan yg ditunjukkan pada Sukan Asia tak dapat diteruskan..
Penyokong2 Malaysia yg mengharapkan kemenangan sulung tercipta..
Bagi membuka peluang ke separuh akhir bakal hampir tak kan jadi kenyataan..
Mana tidaknya..
Thailand seri dengan Laos 2-2..
Malaysia yg akan bertemu Thailand & Laos selepas nih perlu menang 1 perlawanan & seri 1 perlawanan sekurang-kurangnya..
Apa yg membimbangkan Thailand adalah pasukan yg telah menjulang piala nih 3 kali..
Apakah Malaysia mampu menjinakkan pasukan Gajah Putih tuh??
Sama2 la kita nantikan aksi pada 4 Disember nih..
Senarai penjaring perlawanan Malaysia VS Indonesia :-
Tuesday, November 30, 2010
Piala Suzuki AFF 2010
Salam 1Malaysia kengkawanku sekalian. Malam nih aku nak cerita sikit ja. Entry aku malam nih ditujukan khas buat semua peminat & penyokong bolasepak Malaysia. Menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta esok.
Skuad negara dalam usaha memburu kejuaraan pertama kali akan bertemu dengan Indonesia, Thailand & Laos dalam Kumpulan A. Pemain Malaysia harus memperkuatkan ketahanan mental menghadapi kerenah penyokong tuan rumah (Indonesia) bagi membolehkan Malaysia mengutip 3 mata berharga sebagai langkah awal ke separuh akhir.
Pasukan Malaysia yang dibarisi 22 pemain campuran pemain senior & pemain muda diharap mampu untuk mencipta rekod pertama kali menjulang kejuaraan AFF. Pencapaian terbaik Malaysia adalah berjaya ke peringkat akhir pada 1996.
Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dengan sepenuh hati menyokong pasukan negara kita agar kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia.
HIDUP HARIMAU MALAYA
Sunday, November 14, 2010
Man Utd & Badminton Malaysia
Man Utd..Man Utd..
Aku baru baca paper semalam Van der Sar kata..
Man Utd tak bleh hilang mata lepas nih..
Tapi apa kes 'game' semalam seri je..
Tension aku tengok..
Aston Villa mendahului 2-0..
Hasil jaringan Ashley Young minit 73 & Marc Albrighton minit 77..
Sedih aku tengok..
Naseb baik Macheda & Vidic score pastu..
Seri pn jadi la daripada kalah..
Monday, October 18, 2010
Rooney tinggalkan United??
Sunday, April 4, 2010
Negeri Sembilan Membenam Selangor Untuk Bertemu Dengan Kedah Di Final Piala FA
Peraturan gol tempat lawan diambil kira setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 mengikut agregat selepas dua pusingan perlawanan, tapi Negeri Sembilan memiliki kelebihan apabila mereka menang 2-1 pada pusingan pertama di Stadium Shah Alam.
Selangor turun ke Paroi dengan tujuan untuk menghapuskan kelebihan Negeri Sembilanpada pusingan pertama, terus menyerang dari awal permainan dan mendominasinya tetapi terpaksa menunggu sehingga minit 56 untuk menjaringkan satu-satunya gol dari perlawanan malam tadi selepas tendangan bebas Mohd Hardi Jaafar telah ditanduk masuk oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan sendiri iaitu Mohd Alif Samsudin.
Juara bertahan Selangor mempunyai banyak peluang untuk menambahkan pendahuluan namun penyudah yang tidak sempurna oleh Mohd Safee Sali telah membuatkan meraka berputih mata.
Dalam satu lagi separuh akhir, Kedah telah mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman dan melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1 selepas mencatat kemenangan 2-0 pada pusingan pertama yang diadakan di Kuala Terengganu.
Hero Kedah hari ini adalah pemain pertahanan Khairul Helmi Johari yang meledak gol pada minit ke-5 dan Muhamad Syafiq Jamal menambah jaringan pada minit ke-24.
Gol saguhati Terengganu muncul melalui tandukan Wan Mohd Aliff pada minit 42.
Final akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 April 2010..
p/s: Marilah kita beramai-ramai memeriahkan Satium Nasional Bukit Jalil dengan menyokong pasukan masing2..:-)
sumbangan BERNAMA
Ferguson berharap kepada Dimitar Berbatov
Sir Alex Ferguson mengatakan kepada semua bahawa dia mengagumi bakat yang ada pada Dimitar Berbatov.
Bos Manchester United menegaskan pasukannya akan bermain tanpa Wayne Rooney untuk tempoh masa antara dua dan tiga minggu kerana kecederaan ligamen pergelangan kaki yang kecil semasa menentang Bayern Munich pada hari Selasa yang lalu. Rooney akan kembali beraksi semula di Eastlands pada 17 April.
Berita buruknya, pemain yang berusia 24 tahun ini terpaksa berkejaran dengan waktu untuk kembali cergas supaya dapat beraksi untuk Liga Juara-Juara semi final samada dengan Lyon atau Bordeaux empat hari kemudian, bolehkah United melayakkan diri ke kelompok berkenaan.
Walaubagaimanapun , penyertaan Rooney di Piala Dunia tidak akan terancam beliau yang akan menjadi bantuan yang sangat besar, tidak hanya untuk Fabio Capello, tapi kepada penyokong bola sepak England yang percaya bahawa tanpa ayam tambatan mereka itu, England mungkin tidak layak pergi ke Afrika Selatan musim panas ini.
Sementara itu, Capello mengatakan United akan menderita, mulai besok melawan Chelsea dan perlawanan timbal balik pada Rabu di Old Trafford dengan Bayern Munich, pertandingan yang dapat menentukan musim mereka.
Namun Ferguson tahu penyerang yang sudah mengumpul 34 gol itu akan kembali pada tahap yang sama bulan ini, itulah yang diharapkan ketika dia melihat Rooney menanggalkan boot kanannya sebaik sahaja Bayern merayakan kemenangan mereka sewaktu perlawanan di Allianz Arena minggu lepas.
Namun dalam formasi dengan striker tunggal, formasi di mana Berbatov tidak mempunyai peranan, Ferguson telah menjadikan Berbatov sebagai ganti dengann segera.
Pemain kebangsaan Bulgaria ini tidak boleh disamakan dengan Rooney dari segi prestasi - beberapa pemain United boleh - tetapi Red Devils menghabiskan £30.75 million bagi mendapatkan khidmat dia kerana sebab tertentu dan Ferguson tidak mengharapkan moral bekas penyerang Tottenham ini turun di saat-saat perlukan.
Ryan Giggs mungkin diminta untuk memberikan sokongan di bahagian hadapan, mungkin dengan mengorbankan Nani, dengan tenaga Park Ji-sung dan Darren Fletcher akan melengkapkan bahagian tengah bersama kemahiran Michael Carrick dan kecerdikan Antonio Valencia.
Ferguson juga meletakkan samada Owen Hargreaves atau John O'Shea di bangku simpanan selepas kembali dari cedera panjang mereka, yang akan memberi United pengakhiran musim yang berguna untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Ferguson yakin pasti ada ancaman gol yang cukup tanpa Rooney dan Michael Owen, yang terpaksa berehat untuk seluruh musim ini - Ferguson sedar mereka harus menghasilkan prestasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka lakukan di Munich.
Walaupun sebahagian besar pemerhati mula merasakan kehebatan Rooney akan memberi kemenangan kepada United menentang Bayern tetapi Ferguson mengesan kelemahan dalam penguasaan bola.
sumbangan ESPN STAR
Friday, April 2, 2010
Harapan Arsenal
Arsene Wenger menaruh harapan pada Theo Walcott untuk Arsenal terus memberi cabaran di suku akhir Europa Champion League melawan FC Barcelona pada Selasa depan.
Pada pertemuan pertama pagi semalam, Arsenal telah bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk berkongsi agreget 2-2 di Stadium Emirates di Barcelona.
Tetapi pasukan Arsenal yang akan berkunjung ke Nou Camp tanpa tiga pemain utama iaitu Cesc Fabregas, William Gallas dan Andrey Arshavin.
Fabregas, yang juga kapten Arsenal terpaksa berehat untuk enam minggu selepas disahkan patah tulang betis sementara pemain Pertahanan Perancis,William Gallas dan pemain tengah Russia Arshavin kecederaan betis.
Walcott menjadi salah seorang pemain yang masih boleh diberi harapan apabila dia dimasukkan pada minit ke-66 sebagai pemain gantian pada kedudukan Arsenal ketinggalan 0-2 melalui dua jaringan penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.
Pemain England itu berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal tiga minit selepas dia di- masukkan sebelum Cecs Fabregas menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-85 setelah Puyol membentes keras beliau dan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Info sumbangan














