Pengikut Setia

Sunday, April 4, 2010

Negeri Sembilan Membenam Selangor Untuk Bertemu Dengan Kedah Di Final Piala FA


Negeri Sembilan melangkah ke final Piala FA selepas menyingkirkan juara bertahan Selangor mengikut peraturan gol tempat lawan walaupun kalah 0-1 pada peringkat separuh akhir pusingan kedua di stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Peraturan gol tempat lawan diambil kira setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 mengikut agregat selepas dua pusingan perlawanan, tapi Negeri Sembilan memiliki kelebihan apabila mereka menang 2-1 pada pusingan pertama di Stadium Shah Alam.

Selangor turun ke Paroi dengan tujuan untuk menghapuskan kelebihan Negeri Sembilanpada pusingan pertama, terus menyerang dari awal permainan dan mendominasinya tetapi terpaksa menunggu sehingga minit 56 untuk menjaringkan satu-satunya gol dari perlawanan malam tadi selepas tendangan bebas Mohd Hardi Jaafar telah ditanduk masuk oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan sendiri iaitu Mohd Alif Samsudin.

Juara bertahan Selangor mempunyai banyak peluang untuk menambahkan pendahuluan namun penyudah yang tidak sempurna oleh Mohd Safee Sali telah membuatkan meraka berputih mata.

Dalam satu lagi separuh akhir, Kedah telah mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman dan melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1 selepas mencatat kemenangan 2-0 pada pusingan pertama yang diadakan di Kuala Terengganu.

Hero Kedah hari ini adalah pemain pertahanan Khairul Helmi Johari yang meledak gol pada minit ke-5 dan Muhamad Syafiq Jamal menambah jaringan pada minit ke-24.

Gol saguhati Terengganu muncul melalui tandukan Wan Mohd Aliff pada minit 42.

Final akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 April 2010..







p/s: Marilah kita beramai-ramai memeriahkan Satium Nasional Bukit Jalil dengan menyokong pasukan masing2..:-)

sumbangan BERNAMA

0 comments: