Arsene Wenger menaruh harapan pada Theo Walcott untuk Arsenal terus memberi cabaran di suku akhir Europa Champion League melawan FC Barcelona pada Selasa depan.
Pada pertemuan pertama pagi semalam, Arsenal telah bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk berkongsi agreget 2-2 di Stadium Emirates di Barcelona.
Tetapi pasukan Arsenal yang akan berkunjung ke Nou Camp tanpa tiga pemain utama iaitu Cesc Fabregas, William Gallas dan Andrey Arshavin.
Fabregas, yang juga kapten Arsenal terpaksa berehat untuk enam minggu selepas disahkan patah tulang betis sementara pemain Pertahanan Perancis,William Gallas dan pemain tengah Russia Arshavin kecederaan betis.
Walcott menjadi salah seorang pemain yang masih boleh diberi harapan apabila dia dimasukkan pada minit ke-66 sebagai pemain gantian pada kedudukan Arsenal ketinggalan 0-2 melalui dua jaringan penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.
Pemain England itu berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal tiga minit selepas dia di- masukkan sebelum Cecs Fabregas menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-85 setelah Puyol membentes keras beliau dan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Info sumbangan
0 comments:
Post a Comment