PART 2
Kod komeng telah kembali dengan bahagian kedua yang lebih menerujakan.
Kod komeng peringakat pertama mengandungi 4 Law seperti yang hamba dedahkan sebelum ini. Dalam pencoretan hamba kali ini hamba akan mengkupas dengan tajam law-law bersabitan.
90 DEGREE LAW
Hamba pasti jika disebut ungkapan 90 degree, sudah semestinya rakyat sekalian mengerti akan maksudnya. Tapi pernahkah rakyat sekalian terfikir ungkapan ini boleh mendatangkan suatu perasaan untuk ketawa berdekah-dekah. Law of 90 degree mengikut penceritaan KOD KOMENG ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu makhluk dengan menggunakan kepala beliau. Perbuatan ini dilakukan melalui 6 langkah yang mudah sahaja.
1. Kepala diluruskan ke hadapan.
2. Kepala kemudian diputarkan ke kanan sehingga mencapai tahap 90 darjah.
(peringatan: mesti dilakukan dengan sepantas mungkin kira-kira 1 darjah sedetik)
3. Kepala kemudian diputarkan semula ke hadapan desertai juga bersama peringkatan di atas.
4. Langkah kedua diulang tetapi ke sebelah kiri pula.
5. Langkah ketiga pula diulang.
6. Akhir sekali, muka seperti mahu meneran ditunjukkan.
Maka dengan itu sempurnala suatu perbuatan yang diberi nama 90 Degree Law. Law ini berlaku tidak mengira tempat dan masa. Kebiasaannya law ini dilakukan oleh si pelaku apabila menghadapi situasi2 berikut:
a. Sedang berada di atas jalan dan mahu menukar lane walhal cermin sisi yang begitu besar ada dikedua-dua belah kenderaan.
b. Sedang berada dalam kenderaan tetiba ternampak sorang dua awek yang disangka cun walhal pecah rumah je.
c. Sedang gumbira tetiba terasa ingin mencuri motosikal walhal tuan moto 2 kat depan bangunan dalam jarak 10 meter je.
d. Sedang boring-boring dan merasa kelenguhan tengkuk.
Kuala Lumpur terang cahaya,
Menanti terbit bulan purnama,
Pabila tuan selesai membaca,
Diharap menghulur komen sebarang dua..
Nantikan edisi seterusnya........
Salam si penglipur lara!!!
0 comments:
Post a Comment