Friday, April 9, 2010
Melepaskan Tekanan Selepas Exam
Sungai Pisang merupakan tempat yang sesuai untuk melepaskan tekanan terutama selepas exam yang begitu memenatkan kepala otak dan juga badan.
Air yang sangat sejuk serta suasana yang persekitaran yang menyamankan ditambah dengan bunyi-bunyian fauna di alam rimba yang agak tebal sungguh mengasyikan.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dari IIUM Gombak menjadikan Sungai Pisang salah satu tempat yang sentiasa dipenuhi pengunung terutama pada hujung minggu.
Sungai Pisang juga boleh dijadikan tempat perkhemahan yang menarik kerana terdapat tapak perkhemahan yang agak luas selain jalan masuk menuju ke situ merupakan denai yang sesuai dijadikan tempat untuk 'jungle tracking'.
Marilah bersama-sama meghilangkan tekanan di Sungai Pisang...
Salam penglipur lara....
Labels:
Cuti2 Malaysia,
Gambar,
Kedai Kopi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment