Pengikut Setia

Sunday, April 4, 2010

Ferguson berharap kepada Dimitar Berbatov

Sir Alex Ferguson mengatakan kepada semua bahawa dia mengagumi bakat yang ada pada Dimitar Berbatov.

Bos Manchester United menegaskan pasukannya akan bermain tanpa Wayne Rooney untuk tempoh masa antara dua dan tiga minggu kerana kecederaan ligamen pergelangan kaki yang kecil semasa menentang Bayern Munich pada hari Selasa yang lalu. Rooney akan kembali beraksi semula di Eastlands pada 17 April.

Berita buruknya, pemain yang berusia 24 tahun ini terpaksa berkejaran dengan waktu untuk kembali cergas supaya dapat beraksi untuk Liga Juara-Juara semi final samada dengan Lyon atau Bordeaux empat hari kemudian, bolehkah United melayakkan diri ke kelompok berkenaan.

Walaubagaimanapun , penyertaan Rooney di Piala Dunia tidak akan terancam beliau yang akan menjadi bantuan yang sangat besar, tidak hanya untuk Fabio Capello, tapi kepada penyokong bola sepak England yang percaya bahawa tanpa ayam tambatan mereka itu, England mungkin tidak layak pergi ke Afrika Selatan musim panas ini.

Sementara itu, Capello mengatakan United akan menderita, mulai besok melawan Chelsea dan perlawanan timbal balik pada Rabu di Old Trafford dengan Bayern Munich, pertandingan yang dapat menentukan musim mereka.

Namun Ferguson tahu penyerang yang sudah mengumpul 34 gol itu akan kembali pada tahap yang sama bulan ini, itulah yang diharapkan ketika dia melihat Rooney menanggalkan boot kanannya sebaik sahaja Bayern merayakan kemenangan mereka sewaktu perlawanan di Allianz Arena minggu lepas.

Namun dalam formasi dengan striker tunggal, formasi di mana Berbatov tidak mempunyai peranan, Ferguson telah menjadikan Berbatov sebagai ganti dengann segera.

Pemain kebangsaan Bulgaria ini tidak boleh disamakan dengan Rooney dari segi prestasi - beberapa pemain United boleh - tetapi Red Devils menghabiskan £30.75 million bagi mendapatkan khidmat dia kerana sebab tertentu dan Ferguson tidak mengharapkan moral bekas penyerang Tottenham ini turun di saat-saat perlukan.

Ryan Giggs mungkin diminta untuk memberikan sokongan di bahagian hadapan, mungkin dengan mengorbankan Nani, dengan tenaga Park Ji-sung dan Darren Fletcher akan melengkapkan bahagian tengah bersama kemahiran Michael Carrick dan kecerdikan Antonio Valencia.

Ferguson juga meletakkan samada Owen Hargreaves atau John O'Shea di bangku simpanan selepas kembali dari cedera panjang mereka, yang akan memberi United pengakhiran musim yang berguna untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson yakin pasti ada ancaman gol yang cukup tanpa Rooney dan Michael Owen, yang terpaksa berehat untuk seluruh musim ini - Ferguson sedar mereka harus menghasilkan prestasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka lakukan di Munich.

Walaupun sebahagian besar pemerhati mula merasakan kehebatan Rooney akan memberi kemenangan kepada United menentang Bayern tetapi Ferguson mengesan kelemahan dalam penguasaan bola.


sumbangan ESPN STAR

Friday, April 2, 2010

Harapan Arsenal

Arsene Wenger menaruh harapan pada Theo Walcott untuk Arsenal terus memberi cabaran di suku akhir Europa Champion League melawan FC Barcelona pada Selasa depan.

Pada pertemuan pertama pagi semalam, Arsenal telah bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk berkongsi agreget 2-2 di Stadium Emirates di Barcelona.

Tetapi pasukan Arsenal yang akan berkunjung ke Nou Camp tanpa tiga pemain utama iaitu Cesc Fabregas, William Gallas dan Andrey Arshavin.

Fabregas, yang juga kapten Arsenal terpaksa berehat untuk enam minggu selepas disahkan patah tulang betis sementara pemain Pertahanan Perancis,William Gallas dan pemain tengah Russia Arshavin kecederaan betis.


Walcott menjadi salah seorang pemain yang masih boleh diberi harapan apabila dia dimasukkan pada minit ke-66 sebagai pemain gantian pada kedudukan Arsenal ketinggalan 0-2 melalui dua jaringan penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.

Pemain England itu berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal tiga minit selepas dia di- masukkan sebelum Cecs Fabregas menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-85 setelah Puyol membentes keras beliau dan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Info sumbangan

KOSMO ONLINE



Thursday, April 1, 2010

MSL PATCH PES 2010

Dalam kemelut EPL yang semakin sampai ke penghujungnya dan juga kemeriahan Europa Champion League, jangan kita lupakan arena bola sepak tempatan yang semakin hari semakin malap.. Jumlah peminat bola sepak tempatan semakin lama semakin berkurangan dan yang merisaukan jika suatu hari nanti sudah tiada lagi rakyat Malaysia yang mahu menonton pertandingan bola sepak negara kita sendiri. Jadi kita perlu sedar dalam kesibukan kita meminati bola sepak luar negara, jangan sekali kita lupakan perkembangan bola sepak tempatan dan pastikan anda akan terus menyokong pasukan atau negeri kegemaran anda ..


Sedang hamba sibuk2 mengemaskan diri bagi manghadapi exam final sem nie..hamba telah terjumpa sesuatu yang menarik bagi membangunkan semula minat2 penyokong setia arena bola sepak tempatan..patch MSL PES 2010..



FEATURES :

- menu malaysia compile n edited by me from many sources
- Semua team liga super 2010
- Update player 2010 (most of the team)
- Jersi liga super season 2010
- Team-team liga premier -separuh kits btol separuh lagi fake
- Boleh main team liga super dkat master league ngan league cup
- Dlm patch nie ade bundesliga
- Logo negara bukan flag
-Team2 asia tenggara (Sukan sea)
- Malaysia team tetap ader kat dlm patch nie
- Enjoy many boots ( update V1.5 kot )
- Banyak lagi features menarik..nak taw mai ramai2 kita check...


bleh download kat..



http://chengazrin.blogspot.com/



























mai ramai2 kita men PES MSL 2010

download kat..



http://chengazrin.blogspot.com/