Pengikut Setia

Sunday, April 4, 2010

Ferguson berharap kepada Dimitar Berbatov

Sir Alex Ferguson mengatakan kepada semua bahawa dia mengagumi bakat yang ada pada Dimitar Berbatov.

Bos Manchester United menegaskan pasukannya akan bermain tanpa Wayne Rooney untuk tempoh masa antara dua dan tiga minggu kerana kecederaan ligamen pergelangan kaki yang kecil semasa menentang Bayern Munich pada hari Selasa yang lalu. Rooney akan kembali beraksi semula di Eastlands pada 17 April.

Berita buruknya, pemain yang berusia 24 tahun ini terpaksa berkejaran dengan waktu untuk kembali cergas supaya dapat beraksi untuk Liga Juara-Juara semi final samada dengan Lyon atau Bordeaux empat hari kemudian, bolehkah United melayakkan diri ke kelompok berkenaan.

Walaubagaimanapun , penyertaan Rooney di Piala Dunia tidak akan terancam beliau yang akan menjadi bantuan yang sangat besar, tidak hanya untuk Fabio Capello, tapi kepada penyokong bola sepak England yang percaya bahawa tanpa ayam tambatan mereka itu, England mungkin tidak layak pergi ke Afrika Selatan musim panas ini.

Sementara itu, Capello mengatakan United akan menderita, mulai besok melawan Chelsea dan perlawanan timbal balik pada Rabu di Old Trafford dengan Bayern Munich, pertandingan yang dapat menentukan musim mereka.

Namun Ferguson tahu penyerang yang sudah mengumpul 34 gol itu akan kembali pada tahap yang sama bulan ini, itulah yang diharapkan ketika dia melihat Rooney menanggalkan boot kanannya sebaik sahaja Bayern merayakan kemenangan mereka sewaktu perlawanan di Allianz Arena minggu lepas.

Namun dalam formasi dengan striker tunggal, formasi di mana Berbatov tidak mempunyai peranan, Ferguson telah menjadikan Berbatov sebagai ganti dengann segera.

Pemain kebangsaan Bulgaria ini tidak boleh disamakan dengan Rooney dari segi prestasi - beberapa pemain United boleh - tetapi Red Devils menghabiskan £30.75 million bagi mendapatkan khidmat dia kerana sebab tertentu dan Ferguson tidak mengharapkan moral bekas penyerang Tottenham ini turun di saat-saat perlukan.

Ryan Giggs mungkin diminta untuk memberikan sokongan di bahagian hadapan, mungkin dengan mengorbankan Nani, dengan tenaga Park Ji-sung dan Darren Fletcher akan melengkapkan bahagian tengah bersama kemahiran Michael Carrick dan kecerdikan Antonio Valencia.

Ferguson juga meletakkan samada Owen Hargreaves atau John O'Shea di bangku simpanan selepas kembali dari cedera panjang mereka, yang akan memberi United pengakhiran musim yang berguna untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson yakin pasti ada ancaman gol yang cukup tanpa Rooney dan Michael Owen, yang terpaksa berehat untuk seluruh musim ini - Ferguson sedar mereka harus menghasilkan prestasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka lakukan di Munich.

Walaupun sebahagian besar pemerhati mula merasakan kehebatan Rooney akan memberi kemenangan kepada United menentang Bayern tetapi Ferguson mengesan kelemahan dalam penguasaan bola.


sumbangan ESPN STAR

0 comments: