Pengikut Setia

Saturday, September 25, 2010

E-Cigarette. Apakah itu??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Haaa arini hamba nk bagi information yg berguna kepada semua kaki2 perasap (smoker) yg singgah kat sini. Maklumat nie juga dapat meningkatkan semangat serta memberi motivasi kepada perokok2 tegar dalam usaha untuk berhenti merokok.

Salah satu cara yg menarik minat hamba untuk berkongsi dgn sahabat2 sekalian adalah penggunaan rokok elektronik (E-Cigarette). Taw tak apa itu E-Cigarette?

JOM URSHA!!

E-Cigarette adalah satu alat elektronik yg berfungsi sama seperti rokok sebenar yg menggunakan teknologi elektronik mikro di mana ia memberi rasa dan pengalaman yg sama seperti rokok sebenar tetapi tanpa api, pembakaran, tembakau, tar, carbon dioksida, abu, kotoran atau pun bau yg melekat. Ia adalah salah satu langkah untuk kesihatan dan juga kebersihan. Ia sesuai digunakan di mana2 sahaja kerana ia bukan rokok sebenar dan asap yg kelihatan bukanlah asap tetapi wap berupa kabus yg cepat meruwap di udara dan tidak berbau. Amat sesuai untuk mereka yg bekerja di dalam penghawa dingin, dalam kereta atau bersama golongan yg tidak suka merokok.

Apa yg ada di dalam katrij rokok nie?
Ianya mengandungi air, perasa, nikotin terkawal, propylene glycol (selalu terdapat dalam makanan & ubat). Cecair yg terdapat adalah bukan kimia yg boleh memudharatkan seperti rokok sebenar. Nikotin pula lebih seperti kafen yg terdapat di dalam kopi. Apa yg penting ia tidak mempunyai tar. Tar adalah salah satu punca utama pembunuh di dalam rokok sebenar.

Berapa lama katrij boleh digunakan?
Satu katrij boleh memberi 120 - 220 sedutan/menghisap. Persamaan 14 batang ke 30 batang rokok sebenar.

Adakah E-Cigarette sebagai alat berhenti merokok?
Ia boleh dijadikan alat permulaan sesetengah org untuk

Thursday, September 23, 2010

Gambar Sekitar Projek Leadership & Management

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Entry kali nie hanyalah perkongsian gambar2 sempena projek leadership & management yg telah selesai dipersembahkan di hadapan para panel juri jam 9.30 malam 22 Oktober 2010.

JOM URSHA!!







Monday, September 20, 2010

Perniagaan Internet / Online Business

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Waaa sejak kebelakangan nie makin ramai muda remaja yg sudah berani menjinakkn diri dalam perniagaan berasaskan internet ataupun dgn sebutan English "Online Business". Mudah, Cepat & Lumayan. 3 perkataan nie kerap kali hamba dengar apabila berborak mengenai perniagaan internet. Btol ker??




Jom kita ursha sikit!!!

Kalau kita lihat artikel2, sales letter & posting2, semuanya menceritakan bahawa perniagaan internet nie mudah tapi pada hakikat sebenarnya perniagaan internet yg sebenar lebih kurang sama dgn perniagaan di dunia nyata. Kita memerlukan ilmu yg tinggi untuk memulakan sesuatu perniagaan. Untuk mendapatkan ilmu nie pula kita perlu berbelanja besar kerana kebanyakkan informasi dijual di internet & bukannya percuma. Jika kita tidak tahu apakah jenis & bentuk perniagaan internet yg ingin kita ceburi, maka kita hanya akan membazirkan begitu saja wang kita.

Terdapat beberapa cara untuk melombong EMAS di internet. Antaranya jualan produk melalui Ebay, program affiliate & google adsense.

  1. Jualan produk melalui Ebay - perniagaan nie memerlukan pembekal & sangat bagus jika kita mempunyai pembekal yg boleh dipercayai. Inilah masalah utama yg sering dihadapi oleh peniaga2 Ebay. Pembekal yg baik membekalkan produk yg berkualiti tinggi seterusnya meningkatkan kepercayaan pembeli kepada kita.
  2. Mencipta produk untuk program affiliate - antara masalah perniagaan nie ialah apakah produk yg berpeluang tinggi untuk

Saturday, September 18, 2010

Mukadimah Perjalanan Seribu Langkah

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

Entry hamba kali ini sebenarnya nk bercerita sedikit kisah2 berkenaan perjalanan hamba ingin menceburkan diri ke dalam litar eBay. Ramai org kata merempit di eBay nie sonang & lumayan. Btol ker??

Ok sebelum hamba berceloteh panjang lebar, apakah anda tahu apa itu eBay?? Haaa meh kita crita sikit pasal eBay. Ebay nie satu web jualan yg terbesar di dunia. Di eBay kita boleh menjual & membeli belah secara online. Terdapat banyak negara yg ada website eBay sendiri termasuk negara kita Malaysia. Dengan kata mudah, eBay nie umpana sebuah shopping complex yg paling3 besar kt dunia.


Kisah hamba bermula pada malam raya 2010 yg baru nie. Sedang hamba bosan xbleh nk tidur, teringat kata-kata sahabat hamba yg dia tengah try2 buat eBay. Maka hamba pun google la "macam mana nak buat duit dengan eBay". Keluar la mcm2 web tapi hamba tertarik nk buka web wangcyber. Dalam tu hamba terjumpa satu link e-book. Nampak mcm menarik, hamba pn buka la. Perghh dia punya ayat memang memukau hati. Hamba pn apa lagi xsabar2 nk beli e-book tu.

2 hari lepas raya, hamba pun cepat2 pergi CIMB Bank (almaklumlah dapat duit raya la katakan). E-book 2 xdela mahal sangat tapi terpikir  gak takot rugi kalau2 informasinya xseberapa. Tapi memandangkan hati dh excited nk baca e-book tu, hamba pn bank-in la duit seperti yg diminta. Alangkah excitednya hati hanya Allah saja yg tahu. Balik ja rumah cepat2 hamba buat pengesahan pembayaran tapi tunggu punya tunggu x dapat2 gak email link untuk download. Pelik & hairan. Hamba pn tgk la slip bank-in tu & terpandang ayat "Please Contact Bank". Alamak sudah, duit xmasuk ke??

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri 2010

Kenang-kenangan sekitar Lebaran 2010 daripada hamba sekeluarga.















Thursday, September 9, 2010

Tangisan Ramadhan

Erkkkhhh..Alhamdulillah..
kenyang perut nie rasanya..sahur terakhir Ramadhan 2010..

Menu:
  • Nasi putih.
  • Sambal ikan keli.
  • Telur masin (separuh).

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian.

Terasa seperti baru semalam Ramadhan menjengah kita tapi hakikatnya hari ini merupakan hari terakhir Ramdhan pada tahun nie. Alangkah pilu dan hibanya hati nie untuk melepaskan Ramadhan pergi. Walaupun ia akan kembali semula 12 bulan akan datang tapi masih sempatkah aku bertemu dengannya lagi. Hanya doa dapat dipanjatkan pada yang maha Esa supaya melanjutkan lagi usiaku sehingga kembalinya Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan yg akan datang akan lebih bermakna drpd tahun nie. (sob sob sob) :-(

Terlalu singkat rasanya Ramadhan kali nie sehinggakan terasa masih kurang amalan yg dilakukan. Sunat tarawikh juga sudah menutup tirainya malam tadi dan akan disudahi dengan takbir hari raya pada malam esok.
Cukupla sedih sikit2..cerita gembira plak.

Menjelang Hari Raya,
Berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja,
Menyambut Syawal tiba...

begitulah ungkapan

Sunday, September 5, 2010

Malam Lailah Al-Qad'r lebih baik daripada seribu bulan.



Malam ini merupakan malam yg ke-27 kita menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini. Sedarkah kita bahawa kita telah pun berada pada fasa ketiga Ramadhan ataupun dengan kata lain pada tahap sepuluh malam terakhir??

Di sepuluh malam terakhir kejarlah malam seribu bulan iaitu malam Lailah Al-Qad'r. Ungkapan ini sentiasa kita dengar tapi sejauhmanakah kita mengerti maksudnya??

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengikut pengetahuan hamba, Lailah Al-Qad'r berlaku pada waktu yang sepi. Maknanya di sini ia akan berlaku pada waktu sepertiga malam iaitu sekitar jam 3.30 pagi. Di katakan bahawa malam itu tidak panas dan tidak sejuk (suam-suam kuku la agaknya kn ☺). Pada paginya pula matahari naik tidak terang cahayanya, kerana malaikat turun naik pada malam itu....