Pengikut Setia

Sunday, September 5, 2010

Malam Lailah Al-Qad'r lebih baik daripada seribu bulan.



Malam ini merupakan malam yg ke-27 kita menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini. Sedarkah kita bahawa kita telah pun berada pada fasa ketiga Ramadhan ataupun dengan kata lain pada tahap sepuluh malam terakhir??

Di sepuluh malam terakhir kejarlah malam seribu bulan iaitu malam Lailah Al-Qad'r. Ungkapan ini sentiasa kita dengar tapi sejauhmanakah kita mengerti maksudnya??

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengikut pengetahuan hamba, Lailah Al-Qad'r berlaku pada waktu yang sepi. Maknanya di sini ia akan berlaku pada waktu sepertiga malam iaitu sekitar jam 3.30 pagi. Di katakan bahawa malam itu tidak panas dan tidak sejuk (suam-suam kuku la agaknya kn ☺). Pada paginya pula matahari naik tidak terang cahayanya, kerana malaikat turun naik pada malam itu....

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini dan turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu.





Allah Swt yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam Lailah Al-Qad'r dengan ibadah dan zikrullah dengan penuh rasa keimanan dan penghargaan.

Oleh itu, kita sebagai Muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa.



Hamba menyeru sahabat semua marilah kita dirikan:-
  1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
  2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
  3. Sembahyang sunat tahajjud.
  4. Sembahyang sunat tasbih.
  5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca:“Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.




Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka.

Renung2kan dan selamat beramal.

Salam Penglipur Lara.

0 comments: