Pengikut Setia

Thursday, September 9, 2010

Tangisan Ramadhan

Erkkkhhh..Alhamdulillah..
kenyang perut nie rasanya..sahur terakhir Ramadhan 2010..

Menu:
  • Nasi putih.
  • Sambal ikan keli.
  • Telur masin (separuh).

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian.

Terasa seperti baru semalam Ramadhan menjengah kita tapi hakikatnya hari ini merupakan hari terakhir Ramdhan pada tahun nie. Alangkah pilu dan hibanya hati nie untuk melepaskan Ramadhan pergi. Walaupun ia akan kembali semula 12 bulan akan datang tapi masih sempatkah aku bertemu dengannya lagi. Hanya doa dapat dipanjatkan pada yang maha Esa supaya melanjutkan lagi usiaku sehingga kembalinya Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan yg akan datang akan lebih bermakna drpd tahun nie. (sob sob sob) :-(

Terlalu singkat rasanya Ramadhan kali nie sehinggakan terasa masih kurang amalan yg dilakukan. Sunat tarawikh juga sudah menutup tirainya malam tadi dan akan disudahi dengan takbir hari raya pada malam esok.
Cukupla sedih sikit2..cerita gembira plak.

Menjelang Hari Raya,
Berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja,
Menyambut Syawal tiba...

begitulah ungkapan
DJ Dave dalam lagu rayanya.

Baju raya dh beli? Kasut raya dh beli? Songkok? Tudung? Kueh raya dh buat? Lemang? Ketupat? Waa banyaknya soalan kan..hahaha..Meriahnya suasana raya. Semuanya baru2 belaka. Dalam kita bergembira di hari raya, janganlah kita lupa sahabat2 seMuslim kita yg kurang bernasib baik di merata dunia. Bersederhanalah dalam berbelanja dan yg paling utama jgn lupa tunaikan rukun Islam ke-4. ZAKAT FITRAH. Mari kita lihat seba sedikit info mengenai zakat.

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yg difardhukan ke atas setipa individu lelaki & perempuan Muslim yg berkemampuan dengan syarat2 yg ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat
  • Individu yg mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam & pagi hari raya.
  • Anak yg lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan & hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan & berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yg meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zakat, bolehlah berkunjung ke laman sesawang berikut:

Banyak lagi info menarik seperti kadar zakat, kaedah bayaran & kalkulator zakat di laman berkenaan.

Hamba akhiri entri kali nie dengan sedikit ungkapan..

"Biarlah airmata membasahi pipi di pagi Syawal..itu tandanya pemergian Ramadhan ditangisi berserta kedatangan Syawal menggirangkan hati."


Salam Lebaran daripada Hamba Si Penglipur Lara.
Maaf Zahir & Batin.

p/s: Jangan main mercun taw..nanti putus jari xleh raya..ngeh3..:-)

0 comments: