Pengikut Setia

Monday, April 26, 2010

Hormatilah Azan


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktu yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika Azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah kamu ketika maut menghampiri kamu." ini jelas menunjukkan, kita di saran agar mendiamkan diri, jangan berkaat apa-apapun semasa Azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati Azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.....Mengapa Azan kita tidak boleh mendiamkan diri!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika Azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH, yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati Azan dan mohon kepada Allah supaya kita tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah lailahaillallah.....semasa sakaratul maut menghampiri kami................."


P/S: renung-renungkan dan selamat beramal.

0 comments: