Pengikut Setia

Saturday, September 18, 2010

Mukadimah Perjalanan Seribu Langkah

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

Entry hamba kali ini sebenarnya nk bercerita sedikit kisah2 berkenaan perjalanan hamba ingin menceburkan diri ke dalam litar eBay. Ramai org kata merempit di eBay nie sonang & lumayan. Btol ker??

Ok sebelum hamba berceloteh panjang lebar, apakah anda tahu apa itu eBay?? Haaa meh kita crita sikit pasal eBay. Ebay nie satu web jualan yg terbesar di dunia. Di eBay kita boleh menjual & membeli belah secara online. Terdapat banyak negara yg ada website eBay sendiri termasuk negara kita Malaysia. Dengan kata mudah, eBay nie umpana sebuah shopping complex yg paling3 besar kt dunia.


Kisah hamba bermula pada malam raya 2010 yg baru nie. Sedang hamba bosan xbleh nk tidur, teringat kata-kata sahabat hamba yg dia tengah try2 buat eBay. Maka hamba pun google la "macam mana nak buat duit dengan eBay". Keluar la mcm2 web tapi hamba tertarik nk buka web wangcyber. Dalam tu hamba terjumpa satu link e-book. Nampak mcm menarik, hamba pn buka la. Perghh dia punya ayat memang memukau hati. Hamba pn apa lagi xsabar2 nk beli e-book tu.

2 hari lepas raya, hamba pun cepat2 pergi CIMB Bank (almaklumlah dapat duit raya la katakan). E-book 2 xdela mahal sangat tapi terpikir  gak takot rugi kalau2 informasinya xseberapa. Tapi memandangkan hati dh excited nk baca e-book tu, hamba pn bank-in la duit seperti yg diminta. Alangkah excitednya hati hanya Allah saja yg tahu. Balik ja rumah cepat2 hamba buat pengesahan pembayaran tapi tunggu punya tunggu x dapat2 gak email link untuk download. Pelik & hairan. Hamba pn tgk la slip bank-in tu & terpandang ayat "Please Contact Bank". Alamak sudah, duit xmasuk ke??

Esoknya hamba pn cepat2 pergi bank. Memang sah duit sangkut, xmasuk dalam akaun brother jual e-book tu. Aduhh patotla xdapat email. Lepas hamba claim duit hamba balik, hamba pn balik rumah. Try la buka email tengok ada apa. Alangkah terkezutnya hamba, email link untuk download tu dh ada. Hamba btol2 hairan sedangkan duit xmasuk tapi email dh dapat. Dalam hati hamba "Ya Allah betapa bagusnya servis brother nie, punya la nk jaga pelanggan sampai sanggup rugi". 

Tersentuhnya hati hamba, maka pada hari tu tanggal 14 September 2010 hamba akan bersungguh-sungguh menuntut ilmu eBay nie daripada brother tu. Hamba juga akan bank-in semula duit e-book tu kepada dia. 

Setakat ini sajalah mukadimah perjalanan hamba dalam dunia yg penuh cabaran.

Nantikan update daripada hamba dalam entry yg akan datang.

Pesanan Ikhlas:
  • pastikan kita memasukkan wang dgn btol.
  • pastikan kita memeriksa dahulu slip bank-in sebelum meninggalkan bank.
  • pastikan kita memilih peniaga e-book yg btol2 terbaik seperti brother di atas.
Disini hamba sertakan link e-book berkenaan:



0 comments: