Pengikut Setia

Top 10 Members

Monday, September 20, 2010

Perniagaan Internet / Online Business

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Waaa sejak kebelakangan nie makin ramai muda remaja yg sudah berani menjinakkn diri dalam perniagaan berasaskan internet ataupun dgn sebutan English "Online Business". Mudah, Cepat & Lumayan. 3 perkataan nie kerap kali hamba dengar apabila berborak mengenai perniagaan internet. Btol ker??




Jom kita ursha sikit!!!

Kalau kita lihat artikel2, sales letter & posting2, semuanya menceritakan bahawa perniagaan internet nie mudah tapi pada hakikat sebenarnya perniagaan internet yg sebenar lebih kurang sama dgn perniagaan di dunia nyata. Kita memerlukan ilmu yg tinggi untuk memulakan sesuatu perniagaan. Untuk mendapatkan ilmu nie pula kita perlu berbelanja besar kerana kebanyakkan informasi dijual di internet & bukannya percuma. Jika kita tidak tahu apakah jenis & bentuk perniagaan internet yg ingin kita ceburi, maka kita hanya akan membazirkan begitu saja wang kita.

Terdapat beberapa cara untuk melombong EMAS di internet. Antaranya jualan produk melalui Ebay, program affiliate & google adsense.

  1. Jualan produk melalui Ebay - perniagaan nie memerlukan pembekal & sangat bagus jika kita mempunyai pembekal yg boleh dipercayai. Inilah masalah utama yg sering dihadapi oleh peniaga2 Ebay. Pembekal yg baik membekalkan produk yg berkualiti tinggi seterusnya meningkatkan kepercayaan pembeli kepada kita.
  2. Mencipta produk untuk program affiliate - antara masalah perniagaan nie ialah apakah produk yg berpeluang tinggi untuk
    dijual? Bagaimanakah untuk mencipta produk tersebut? Walaupun kita mempunyai produk yg tercantik tapi tidak memenuhi kehendak pembeli, produk tersebut tidak akan terjual.
  3. Laman web untuk google Adsense - program nie antara yg terbaik untuk menjana pendapatan melalui internet. Ia menawarkan bayaran melalui sistem "pay per click" & "pay per sale". Masalah utama perniagaan nie ialah kita memerlukan laman web yg banyak untuk memperolehi keuntungan maksima. Jika kita hanya mempunyai satu laman web, berapa klik yg akan kita dapat dan berapa pula yg akan terjual? Selain itu, masalah untuk menarik trafik (pengunjung) ke laman web kita juga perlu difikirkan.
  4. Program affiliate - merupakan peluang perniagaan internet yg bagus kerana kita menjual sesuatu yg bukan milik kita & kita hanya menerima komisen untuk setiap jualan. Tapi masalahnya sama seperti di atas. Bagaimana kita nak tarik pelanggan untuk membeli produk kita. Promosi yg macam mana perlu kita lakukan?
Semua perniagaan di atas akan membuahkan hasil andai kata kita melakukan kajian terperinci sebelum menceburi bidang perniagaan berkenaan. Sebab utama ramai org gagal dalam perniagaan internet adalah kerana tak mempunyai ilmu yg tinggi berkaitan perniagaan yg nak diceburi & terlalu gopoh untuk memulakan sesuatu perniagaan. Kerugian yg besar akan berlaku di sini. Wang & masa akan dibazirkan tanpa pulangan yg besar.



Oleh itu hamba nasihatkan kepada sahabat2 sekalian, kajilah dahulu sesuatu perniagaan yg ingin kita ceburi & carilah ilmu sebanyak mungkin bagi kita menghadapi segala risiko yg bakal kita hadapi apabila memulakan perniagaan internet.

Salam Penglipur Lara.

0 comments: