Pengikut Setia

Saturday, November 6, 2010

SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK

 Assalamualaikum..

Yeee malam nih aku rasa relax sikit..
Tinggal lagi dua paper je final exam aku sem nih..
Semalam aku xsempat langsung nk wat entry..
Jadi hari nih aku kena wat gak..
Aku nak wat cerita sikit malam nih..
Ala-ala karangan..haha..


     Namaku Buyung tetapi rakan-rakan menggelarku 'Bolt'. Nama glamour sikit macam orang putih daa. Aku dilahirkan di Hotel H-----(tak boleh sebut kang kena saman, naya oo). Mantapkan tempat lahir aku. Sebenarnya aku lahir kat tepi tong sampah hotel ja tapi kira dalam kawasan Hotel H----- lagi tu. Haa nak tengok muka aku ada kat bawah. Hensem wooo.

    

     Pada satu hari, aku ngan 4 orang sahabat aku rancang nak pi jalan-jalan makan angin. Yela tiap-tiap hari benda sama je kami buat. Bangun malam terus pi dapur hotel cari makan. Pastu naik lif buatan sendiri pi kacau mak-mak datin kat atas. Tak pun kami pi skodeng baikk punyaaa. Bosan aku buat benda sama. Kami rancang nak pi mandi kat satu kawasan air terjun. 

     Dipendekkan cerita kami pun samapi la kat air terjun tu. Cantik tak terkata. Aku ngan sahabat-sahabat aku yang dah dekat 3 bulan tak mandi nih apalagi terus terjah je dalam air tu. Perghh sejuk la air dia. Best woo mandi air terjun.



     Dalam seronok-seronok mandi, tiba-tiba sorang membe aku sakit perut. Aku suruh dia pi buang air kat tepi pokok kat bahagian bawah air terjun. Tapi membe aku nih punyala penakut ajak aku teman. Tak pa la sayang membe punya pasal aku pun teman. Masa jalan nak pi buang air tu aku ternampak dari jauh ada benda mengendap kami. Haih tak kan ada tikus betina ngendap kot. Tak logik sangat. 

     Sampai kami dua kat pokok tu, huarghhh benda tadi terkam kami. Terkejut aku. Rupanya si misai panjang. Cis celaka ko kucing. Owhh ko ingat aku takut ke. Ko belum taw siapa aku. Aku lah yang di gelar 'Sifu Bolt'. 




Hah apa ko tunggu masokla kalau berani. Aku karate kang bersepai gigi.

     Maka terjadilah adegan karate yang dahsat. Akhirnya kucing tu lari takut kat aku. Membe aku plak masa kucing tu terkam tadi dah gelabah sangat terus terjun dalam air. Aku tanya dia "ko dah kencing belum?". Dia cakap "aku dah terkencing kat dalam sungai nih". Aduhh masalah betul membe aku nih. Kang kalau jadi apa-apa aku tak tanggungjawab.

     Lepas 3 jam mandi-manda, kami ber-5 pun balik la semula kat rumah kami (dalam dinding hotel). 2 hari lepas tu masa aku ronda-ronda kawasan hotel, aku nampak ada berita hangat kat TV. Aku pun pi la dekat sikit. Mak aih sekali lagi aku terkejut.



     Wabak Kencing Tikus?? Sah nih mesti sebab membe aku terkencing kat dalam sungai hari tu. Aku dah cakap kompem ada benda nak jadi. Kucing tu la bawak syial. Aku pun cepat-cepat balik hotel bagitaw kat membe-membe aku suruh lari. Takut-takut kang ada masuk lokap. Tapi sorang pun tak dengar. Suma tengah syok layan pizza dato' mana makan tak habis.

     Ahhh lantak korang la. Aku chaw dulu la. Pizza hari lain boleh dapat. Last-last aku nampak membe aku dah kat dalam.



     Tu lah orang suruh lari tak nak. Nasib korang la. Di sebabkan pihak berkuasa memburu keturunan cam aku, aku pun menyamar jadi tikus yang smart sikit. 



      Haa lagi kacak kan aku. Jangan terpedaya, aku hanya pakai kostum je tu. Diri aku masih tikus cam kat atas. Tapi best jadi tikus nih (Belanda), hari-hari aku makan sedap. Orang sayang aku. Belai aku. Tamatlah Kisahku Tikus.


Mesti korang suma tertanya-tanya apa kaitan taju entry aku dgn cerita nih..

JOM URSHA!!



Kontest Anda Tulis, Anda Menang
adalah
Sponsor by

Senang je contest nih..
Try la tengok kot2 ada rezki dapat RM300 free..
Hehe..Sana nak bagi kan..
Tarikh Tutup : 12/12/2010..
Banyak masa lagi nih..
Cepat2..


pstttt : Moral cerita aku td :-
  • Jangan takut kepada pembuli..lawan je..
  • Jangan kencing merata2..bahaya..
  • Jangan lupa membe..buruk punya perangai nih..

Salam Penglipurlara


9 comments:

Suarapeople Dot Com said... BALAS

done!

sila penuhi syarat yang ke

4. Tuliskan cerita anda dalam bahasa Malaysia. Pastikan dalam entri tersebut anda link kan http://www.suarapeople.com dan http://www.gempak.org/ (Sp sekali,Gempak sekali da cukup)"


agar kemenangan hak milik anda..hahaha

Siti Safiyyah said... BALAS

haha. bestlah entri awak. gudluck k? =)

ChekDi said... BALAS

eh sy xpenuhi syarat ke 4 lg ek..asenye dh linkkan dh..crita pn bm ja..

thankz cik siti..gudluck 2..

yana lyana said... BALAS

Good Luck! ;)

Suarapeople Dot Com said... BALAS

yea dah ;p

luvly mya said... BALAS

oh kontest ke,hehe,anyway gud luck. nice srory :)

ChekDi said... BALAS

haha..thankz luvly mya ngn butterflyana..crita mrapu je pn..huhu

oraitt bro ayie..:)

amimarz said... BALAS

lucu la citernya..gud luck ya!

ChekDi said... BALAS

thankz amimarz..