Pengikut Setia

Sunday, March 21, 2010

Komeng Kod

Definisi Komeng Kod.

Komeng kod adalah gabungan 2 perkataan yang mempunyai makna yang tersendiri. Komeng dari segi bahasa bermaksud durjana. Sepertimana yang kita sedia maklum, terdapat watak Komeng dalam sebuah filem yang bertajuk “Nasib DoReMi” di mana Komeng merupakan seorang ketua penyamun yang durjana.

Kod pula bermaksud isyarat, perbuatan dan macam lagi la ikut kesesuaian dan kesedapan anda sendiri.

Gabungan kedua-dua perkataan nie telah memberi makna ‘perbuatan2 yang melampaui batasan kewarasan akal fikiran yang dilakukan oleh seseorang yang kurang disenangi oleh masyarakat setempat dan menjadi bahan gelak ketawa’.



Sejarah Kemunculan.

Penemuan kod ini berlaku sekitar abad ke-21. Kalau hamba tidak silap dalam tahun 2010. Kod ini telah ditemukan oleh sekumpulan pujangga yang telah belayar dari seluruh pelusuk Mesia dan akhirnya bertemu di sebuah tempat yang digelar ‘Gunung Onak Mambu Bintara Anak Kalang’. Sungguh panjang nama tempat tu.

Sedang mereka sibuk berbual bicara sesama sendiri, muncul segerombolan makhluk aneh melepak di tempat mereka. Makhluk2 nie telah melakukan pelbagai perbuatan yang dirasakan agak tidak dapat diterima oleh perut2 dan mulut2 pujangga2 tu. Maka mereka pun bersepakat membawa berkat memutuskan Sang Rungga supaya mewartakan satu Kod supaya sesiapa yang melakukan Kod2 tu maka beliau boleh digelar dengan gelaran makhluk tu.

Pembongkaran Komeng Kod.

Kod yang amat bernilai nie akan di bongkarkan mengikut tahap kerana kod ini juga dicipta secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama kod ini mengandungi 4 law yang diberi nama “90 Degree Law”, “PHD Law”, “4 Flat Law” dan “2 Inchs Law”.

Untuk mengetahui kod2 nie dengan lebih lanjut diharap semua dapat bersabar...

Nantikan kemunculan KOMENG KOD fasa pertama...

Salam penglipur lara..

0 comments: