Pengikut Setia

Top 10 Members

Saturday, October 16, 2010

Anda ingin menjadi penjual yang berjaya dengan perniagaan eBay!!!

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...



Untuk menjadi penjual yang berjaya dalam perniagaan eBay sepuluh langkah mudah di bawah amat berguna untuk anda:-

Langkah 1: Identifikasi pasaran anda. Ambil beberapa saat dengan duduk dan berfikir untuk apa anda menjual dan apa anda minat. Setiap data yang anda kumpul adalah amat berguna. Anda mungkin akan memahami 'sweet spot' dengan lebih cepat - satu atau dua item yang selalu dilihat menjual untuk mendapatkan harga yang baik.

Langkah 2: Melihat persaingan. Sebelum anda melabur wang tunai, lihatlah dahulu gaya penjual lain yg ada di dalam kategori anda (maksudnya menjual barangan yg ingin anda jual), dan apakah strategi mereka. Lihat secara istimewa dari setiap kekurangan mereka kerana ini adalah untuk mengalahkan mereka di dalam permainan mereka yang unik.

Langkah 3: Cari produk. Cari pembekal untuk apa pun yang anda ingin jual, dan perhatikan apakah harga terbaik yang anda dapat - jangan lupa untuk mencari pembekal dengan lebih banyak untuk mendapatkan harga serta kualiti yg terbaik.  

Langkah 4: Mula secara kecilan. Jangan buang ribuan ringgit untuk idea anda secara mengejut – mulakan dgn perlahan, lihat apa yang berjaya dan apa yang tidak, dan belajar daripada apa yg anda lihat. Jangan lupa bahawa sangat murah untuk menguji idea-idea gila di eBay dan cukup untuk mengetahui bahawa ia berguna!!

Langkah 5: Uji dan ulangi. Terus mencuba strategi yang berbeza dan anda akan menjumpai sesuatu yang berguna, selepas itu jangan malu untuk terus melaksanakannya, berkali-kali. Ini menunjukkan bahawa anda baru saja menjumpai lubuk yg besar.

Langkah 6: Rancangkan perniagaan kecil anda. Perancangan perniagaan anda sendiri tidak harus sesuatu yang formal, hanya beberapa helai yang menghuraikan peluang pasaran yg anda jumpa, strategi, kekuatan dan kelemahan rancangan anda dan budget yg singkat. Ini adalah peribadi bagi anda berbanding untuk orang lain.

Langkah 7: Pelaburan dan memperluaskan. Ini boleh jadi waktu untuk membuang wang pada masalah. Beli peralatan dan mula menghabiskan banyak masa pada perniagaan. Menetapkan pelbagai target penjualan mingguan, tingkatkan setiap kali.

Langkah 8: Jadikan ia rasmi. Setelah anda berjaya membuat beberapa ribu ringgit jualan, anda harus mendaftarkan diri anda menjadi ahli perniagaan. Jangan bimbang, ia tidak mahal atau sukar untuk dilakukan - penasihat undang-undang adalah orang yang dapat membantu anda dalam proses tersebut.

Langkah 9: Automatik. Anda mungkin akan mendapati bahawa anda menulis perkara yang sama berulang-ulang kali dalam e-mel atau keterangan item. Ini adalah masa untuk berhenti menggunakan kaedah manual dan mempertimbangkan software automatik yang dapat membuat listing untuk anda secara peribadi, dan jawab pembelian dan pembayaran dengan mesej yang anda berikan.

Langkah 10: Jangan pernah putus asa. Jika terjadi sesuatu kepada perniagaan anda, jangan berhenti dan anda akan berjaya. Jika anda teruskan usaha anda,  anda akan mendapati bahawa anda telah belajar sesuatu ketika anda dalam kesusahan. 

Nantikan petua dan nasihat hamba dalam entry yg akan datang..

Salam Penglipurlara

0 comments: