Pengikut Setia

Monday, October 18, 2010

Rooney tinggalkan United??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..



Manchester United menafikan perbincangan tentang  Wayne Rooney bakal meninggalkan Old Trafford sebagai "cakap kosong" - tetapi secara nyatanya, bintang England itu mungkin keluar dari kelab pada bulan Januari nanti.

Reaksi United kepada surat khabar bahawa Rooney akan kembali ke landasan sebenarnya secepat mungkin. "Wayne Rooney akan dijual pada bulan Januari adalah cakap kosong," kata jurucakap kelab.

Tetapi Press Association Sport dapat tahu bahawa pegawai pasukan Red Devils telah diberitahu oleh Rooney yg dia tidak akan menandatangani kontrak baru, dan oleh itu mereka mungkin mempunyai pilihan lain selain menjual aset yang paling berharga itu.

Begitu banyak spekulasi mengenai hubungan Sir Alex Ferguson dengan bintang penyerangnya itu sejak cerita tentang kehidupan peribadi pemain yg berusia 24 tahun itu timbul pada awal bulan lalu.

Rooney nampaknya mencabar secara langsung kuasa Ferguson pada Selasa lalu selepas perlawanan kelayakan Euro 2012 England bertemu Montenegro, apabila dia dengan sendirinya menyanggah kenyatan pengurus berbangsa Scotland itu bahawa dia telah mengalami kecederaan pergelangan kaki.



Ferguson setakat ini mengelak setiap perbincangan yang boleh membawa laksud tertentu tentang situasi Rooney tapi nampaknya telah menunjukkan sendiri ketika dia telah mengeluarkan Waynr Rooney daripada kesebelasan utama pada Sabtu lalu untuk pertemuaan Liga Premier dengan West Brom, kemudian memasukkannya sebagai pemain gantian dengan hanya tinggal 19 minit permainan dan menyuruhnya untuk bermain di sayap kiri.

Walaupun diertikan sebagai “final straw” oleh beberapa pihak, hubungan Rooney dengan Ferguson sememangnya agak buruk sejak beberapa bulan yg lalu. Perbincangan di atas kontrak baru telah berhenti dan penyerang itu tidak ada niat untuk membuka semula perundingan.

Ini akan mengejutkan banyak pemerhati betapa pantasnya kemerosotan beliau, mengingatkan kembali musim lalu Rooney meledak 34 gol bagi klubnya. Walaupun mutu permainan Rooney musim ini jauh di bawah standard normalnya yg tinggi - satu-satunya gol dia adalah ketika melawan West Ham pada bulan Ogos dan itupun datang daripada sepakan penalti - dia tetap menjadi kegemaran penonton.

United mempunyai pilihan untuk duduk sahaja dan berharap hubungan itu akan kembali pulih. Namun, mereka sangat sedar harga Rooney akan menurun jika dia tidak meninggalkan pada bulan Januari dan 12 bulan selepas itu dia akan bebas untuk menandatangani kontrak dengan kelab2 lain di benua itu, dan keluar secara percuma pada musim panas 2012.

Keluarga Glazer tidak tertarik dengan idea itu, itulah sebabnya mengapa perbincangan mengenai Rooney mungkin meninggalkan Trafford telah dihemtikan. Dan bos United akan memberitahu media pada hari Selasa ini, sebelum pasukannya menghadapi “Champions League” menentang Bursaspor di Old Trafford, yang seharusnya menarik.

Berita oleh : - BERNAMA

Salam Penglipurlara

0 comments: