Pengikut Setia

Top 10 Members

Tuesday, November 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010

Assalamualaikum..

Salam 1Malaysia kengkawanku sekalian. Malam nih aku nak cerita sikit ja. Entry aku malam nih ditujukan khas buat semua peminat & penyokong bolasepak Malaysia. Menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta esok.

Skuad negara dalam usaha memburu kejuaraan pertama kali akan bertemu dengan Indonesia, Thailand & Laos dalam Kumpulan A. Pemain Malaysia harus memperkuatkan ketahanan mental menghadapi kerenah penyokong tuan rumah (Indonesia) bagi membolehkan Malaysia mengutip 3 mata berharga sebagai langkah awal ke separuh akhir.

Pasukan Malaysia yang dibarisi 22 pemain campuran pemain senior & pemain muda diharap mampu untuk mencipta rekod pertama kali menjulang kejuaraan AFF. Pencapaian terbaik Malaysia adalah berjaya ke peringkat akhir pada 1996.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia dengan sepenuh hati menyokong pasukan negara kita agar kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia.

HIDUP HARIMAU MALAYA

Nih la barisan yg menggalas harapan negara
(Klik kat gambar untuk besarkan)

Skuad Malaysia sebelum berlepas ke Jakarta


Gambar sumbangan UTUSAN MALAYSIA.


3 comments:

faiz said... BALAS

jmpa lak thai ngan indon..tp xpe..mlaysia dah kuat skrg..haha

khaiyisah husna said... BALAS

mintak2 penyokong indon xbuat perangai suda....=.="

go Malaysia...ececeh terlebih semangat pulak..hehe

♥LyNnDa♥ said... BALAS

wahhh,,
hye...lin bru jek follow..
kamu,,,
ngeeee~t leh x follow lin blik??
ngeeee~bru blaja2x wt blog laa... (^___________^)