Pengikut Setia

Friday, December 3, 2010

Kanser Perut

Assalamualaikum..

Okeh malam nih mood kurang baik sikit..
Fasal lutut aku manyak sakit wooo..
Arinih aku ada pegi klinik amek ubat..
Doktor cakap lutut aku tak leh nak ubat..
Cuma aku kena kurangkan berat badan aku je..
Kalau sakit gak kena OPERATE woo..
Alamak nih yg tak sedap dengar nih..
Doktor tuh bagi ubat urat, urat sendi, angin & ubat sapu je..
Arap2 sembuh la cepat..

Sebenarnye malam nih aku nak wat entry pasal benda lain..hehe
Aku nak kongsi cara2 nak kawal kanser perut..

Gambar xde kaitan pun..


Sakit perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tak serius & biar hilang sendiri. Kalau berubat pun hanya sapu minyak angin atau makan ubat gastrik. Tapi hakikat yg perlu disedari ialah sakit perut tuh mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Kanser perut merupakan kanser ketujuh paling banyak dialami oleh lelaki & kesepuluh oleh wanita Malaysia. Oleh itu, kita haruslah berjaga-jaga agar tak terkena kanser nih.

  • Amalkan tabiat pemakanan yg sihat. Apa yg anda makan & cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yg ditetapkan & makanlah dengan tenang.
  • Kekalkan berat badan yg sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tak kira berapa berat badan anda. Tapi, pedih hulu hati, kembung & sembelit lebih ketara di kalangan mereka yg terlebih berat badan.
  • Senaman aerobik yg meningkatkan kadar pernafasan & degupan jantung juga merangsangkan aktiviti2 otot2 usus, membantu untuk membuang sisa2 makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman setiap hari.
  • Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung & strok, melemahkan sistem ketahanan anda & boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yg dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut & memperlahankan sistem pencernaan.
  • Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yg sukar untuk dielakkan bagi kebanyakkan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.
  • Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman & rehat dengan cara yg menyihatkan.
  • Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.
Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita. Barulah rakyat Malaysia akan bertambah ramai..=)


Geli la plak aku tengok..

Info sumbangan UTUSAN.

Chaw sin chi..

psttt : gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..haa jgn suka sgt kang kena kanser perut..ngehehe..



Photobucket

11 comments:

Ayuni said... BALAS

harap cpt2 sembuh....

♥LyNnDa♥ said... BALAS

pe???sakit lutut???laaa cian edy =(
bhayer wOoo...
bek cOPat2x g jumpe dOc...

Bella said... BALAS

kene jge mkn..kan2? :)
btw gud entry :D
da 4ll0w :))

suzie rahman said... BALAS

mnta dijauhkn dr sebr penyakit..tkt2

ibnmustaffa said... BALAS

Mcm hamba la.... ada masalah gerd, gastro esofogul reflux desease. Kira gastrik le tu. Kena makan ubat je. Sebiji 7 ringgit pulak tu..... aduiiii mahal,.. mahal
....:(

layari blog hamba; hamba mengamuk dengan SYABAS.

Siti Safiyyah said... BALAS

takutnye..jom jaga kesihatan jom! ^__^

Terkini : Jom join contest kesayanganku!

ChekDi said... BALAS

@ayuni maseh ye..

@lynnda dh jumpa doktor dah..huhu

@bella TQ follow..yup kena jaga makan..

@suzierahman yup arap2 sentiasa sehat la..

@mazwandi waa mahal ek ubat..jaga pemakanan taw

@siti jom2

noreed said... BALAS

get well soon :)

♥LyNnDa♥ said... BALAS

bgus2x..
doc ckp ape??
rjin3x mam ubat...kasi cepat sembuh yer...=)

ChekDi said... BALAS

@noreed
TQ noreed..alhamdulillah dh okay sikit

ChekDi said... BALAS

@♥LyNnDa♥
TQ lynn..doktor cakap kena kurangkan berat badan..kalau x ok gak kena operate..=(