Pengikut Setia

Monday, April 5, 2010

Fasa pertama :: PhD Law

PHD LAW





Singkatan PhD yang maksud asalnya “Doctor of Philosophy”, singkatan PhD mengikut Latin ialah “Philosophiae Doctor” yang bermaksud "guru falsafah". Phd juga boleh dikaitkan kepada sesorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam sesuatu bidang atau perkataan lain pakar.

Law of PhD mengikut coretan KOD KOMENG juga mempunyai kaitan dengan maksud asal PhD. Mengikut cerita daripada Komeng, salah seekor daripada makhluk yang dijumpai itu suka bercakap banyak. Apa sahaja topik yang dikeluarkan daripada mulut pujangga2 pasti akan dikupas dengan terperinci oleh si makhluk.

Maka bersepakatlah mereka menamakan PhD Law kerana perbuatan itu umpama makhluk itu mempunyai PhD dalam semua bidang ilmu walhal entah benar atau tidak apa yang diceritakannya tu.

Palaku Law ini selalunya akan menghuraikan sesuatu topik dengan dahsatnya sehingga menyebabkan orang2 disekeliling merasa kuarang senang dan malas untuk melayan. Bahkan yang lebih menyedihkan dan menyenakkan otak apabila hanya ‘satu’ perkataan sahaja yang dikeluarkan, huraikan yang terpaksa didengar kalau ditulis perghhh hamba cakap boleh buat folio 102 muka surat tu. Dahsat tak dahsat huraiannya. :-)

Oh ya hampir terlupa hamba, Law ini juga ditujukan kepada commentator2 tak bergaji yang selalu memberikan komen-komen yang kurang bernas dan diperlukan. Komennya pula bejela-jela panjang macam roti jala.

Kebiasaannya law ini dilakukan oleh si pelaku dalam beberapa situasi:

1. Ketika melepak di kedai kopi atau kedai makan sewaktu menuggu makanan siap dimasak.

2. Ketika menonton movie tidak kira di dalam panggung atau di luar panggung.

3. Ketika menonton perlawanan bolasepak tempatan mahupun antarabangsa.

4. Ketika mengulangkaji pelajaran.


Siti Nurhaliza cantik bergaya,

Berteman pula si Dato’ kaya,

Jangan sahaja gelak ketawa,

hulurkan komen sebarang dua..


Nantikan bahagian seterusnya........

Salam si penglipur lara!!!

0 comments: